Syarat Kelayakan Permohonan :-
 
  Hanya WARGANEGARA dibenarkan untuk membuat permohonan.
   
1. Permit Khas
 
Bil
Kategori
Keterangan
Barang Kawalan
Jumlah
1
Kegunaan Persendirian
Penggunaan mesin berkuasa kecil dan kerja-kerja penyelenggaraan
Diesel dan Petrol
Tidak melebihi 25 liter sehari
2
Forklift
Forklift yang digunakan di dalam gudang dan tidak dapat mengisi minyak di stesen minyak kerana tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan
Diesel dan Petrol
Tidak melebihi 50 liter sehari
3
Pertanian
Petani, penternak, pesawah yang mengusahakan kebun, sawah dan penternakan
Diesel dan Petrol
Tidak melebihi 200 liter sehari
4
Pengusaha Industri Makanan
Memproses makanan dan minuman
Diesel dan Petrol
Tidak melebihi 100 liter sehari
5
Pengangkutan Air
Tujuan pelancongan, pengangkutan persendirian dan sukan air
Diesel dan Petrol
Tidak melebihi 100 liter sehari
6
Penempatan Penduduk di Kawasan Pedalaman
Rumah Panjang dan pulau-pulau terpencil
Diesel dan Petrol
Tidak melebihi 100 liter sehari
7
Nelayan Bukan Sepenuh Masa Secara Kecil-Kecilan
Mendapat pengesahan daripada LKIM bukan pemegang e-petrol atau e-diesel
Diesel dan Petrol
Tidak melebihi 50 liter sehari
8
Lain-lain
Atas keperluan mendesak
Diesel dan Petrol
**Tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Mengkaji Permohonan Permit
   
  2. Fleetcard Diesel
  *** Permohonan hanya boleh dibuat selepas 7 hari pendaftaran kenderaan dilakukan di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
 
Syarat Kelayakan Permohonan Subsidi Diesel
1
Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat ( sekurang-kurangnya pangkat eksekutif ) boleh berurusan di KPDNKK.
2
Wakil syarikat / individu yang layak boleh menerima surat kelayakan dengan syarat mengemukakan surat kuasa bagi mewakilkan syarikat / individu yang layak.
3
'Runner' tidak dibenarkan berurusan dengan KPDNKK
   
 
Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleetcard tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
1
Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
2
Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDNKK
3
Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDNKK sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
4
Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDNKK.
5
Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
6
KPDNKK berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan yang apabila pemegang subsidi gagal mematuhi mana- mana syarat di atas.
   
 
Jenis - jenis kenderaan yang layak mendapat subsidi :-
1
Bas Sekolah  
7
Teksi
2
Bas Ekspres  
8
Van Mayat
3
Bas Berhenti-henti  
9
Lori Mayat
4
Bas Mini  
10
Ambulans (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
5
Bas Pengantara  
11
Bomba (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
6
Kereta Sewa